Sunday 7 April 2013

Malacca, I Miss You !

Assalamualaikum...

Amboi sejak dah ade blog baru ni, kemain rajin lagi buat entry. Hahaha. Biasa la awal awal macam ni memang over excited sikit, tuggu la kalau dah busy nanti memang bersawang habis la blog ni. Bukan setakat labah labah, gajah pun boleh buat sarang. Oke taklawak pun.

      Melaka ? Yes, salah satu negeri yang terkecil di Malaysia ni ha, alaaa,,, yang nama negeri tu berasal dari pokok tu. Kalau korang terror sejarah mesti tahu pasal ni. Kenapa aku rindu melaka? Sebab dulu aku pernah bermastautin kat sana so, since dah lama takpergi Melaka, aku jadi rindu laa. Bukannye rindu orang kat sana tau, takde maknanye aku nak rindu abang abang Nigeria dengan abang Bangla tu ha, better aku rindu auntie yang sombong kat depan rumah tu ha, hahaha. Aku rindu nak lepak kat sana. As u all known, Melaka kan kecik, dan aku pulak stay kat MZ Height kat Ayer Keroh, maka memang berjimba je
la kerja aku kat sana. Nak nak MiTC, almost everyday p sana even takde pape pun kat sana, tapi best kot lepak kat kedai makan tengok makcik'' kelek anak semua. Benda tu buat aku terhibur.

Dah boring lepak MiTC, berkampung kat Melaka Mall, takpun Jusco kat seberang jalan tu ha. hewhewhew. Yeap ! Memang kutu rayau ah aku katsana uols ! Tengok wayang, menyantap. Perhhh, memang best gila bak hang ! kekeke .

On weekend, since maksu aku cuti, maka berjimba lah kami ke MP dan DP. Kalau pergi sana , memang sehari suntuk la jawabnya, takdenye nak pergi sana dua tiga jam je, atleast 12 jam okay ! baru puas ! Aku ni pulak yang memang jenis suka merayau, even sorang diri pun aku tak kisah. Masa stay KL dulu pun selalu keluar merayau sorang sorang je, sebab kalau janji dgn orang ni macam takbest, kena set masa laa, ape la, leceh kot, better sorang sebab aku punya suka nak gerak pukul berapa, nak balik pukul berapa, nak buat ape, nak pergi mana, heaven right? Biarlah orang nak kata aku foreveralone ke ape, dah memang perangai aku macamni, nak buat cemana kan.

          Tu je nak cerita sebenarnya, aku tengah bosan ni ha, taktau nak buat ape.Pape hal nanti aku update balik yaw ! Okay uols, got to go. Byee, Wassalam....

Saturday 6 April 2013

Life

Assalamualaikum..

Alahai... sopannye, anak sape la ni kan. Hewhewhew. Rajin pulak aku nak menaip malam malam ni kan. Mesti curious kan kenapa aku rajin sangat ni. Well, actually aku tengah mood final exam sekarang ni, tapi tinggal satu je lagi paper so, mood final tu takrasa sangat, yang terlebih gula dalam hati ni sebab dok pikiq pasal cuti sem ni ha. So, sekarang ni aku ade gap seminggu sebelum last paper tu, then sekarang taktau nak buat ape sebab nak study macam malas lagi. kekeke. Since bff aku kat sini balik rumah, so tinggal la aku terkontang kanting kebosanan. 

       Back to the post title, yes ! aku nak cerita pasal life aku lepas aku delete blog lama tu. 
                                                           
Jeng ! Jeng ! Jeng ! 

Masa aku delete blog tu lepas aku dah habis asasi kejuruteraan kat Palam. *puncak alam Sebab musabab aku delete blog tu adalah, aku nak hilangkan diri daripada semua orang sebab aku frust dengan aku punya result masa asasi tu, aku malu dengan kawan kawan aku. Aku takdapat achieve apa yang aku nak. Almost everyday kot aku nangis lepas dapat result yang memang aku tahu aku takkan dapat further study dalam kos yang aku nak. Perasaan aku masa tu hanya Allah swt yang tahu. Sedihnya macam nak lenyapkan diri ni pindah kat tempat yang takda orang. Masa tu aku dah deactived segala jenis social network account. Phone number pun aku tukar baru, aku taknak kawan kawan aku tanya pasal result aku. Aku sedih, benci, frust, marah, dan macam macam la perasaan aku masa tu. 

       Tapi satu hari ni, masa tu aku stay kat Melaka sebab aku malu nak mengadap muka parents aku dengan result yang ciput ketanah kubur tu, aku terdengar ceramah kat tv masa tu, dia cakap macamni .....

       " Kita takperlu bersedih untuk kegagalan yang lepas kerana ianya merupakan pengalaman yang akan membantu kita pada masa hadapan, sesungguhnya Allah swt telah merancangkan sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan "

Masa tu aku sedar, aku takpatut menyalahkan takdir diatas kelalaian aku sendiri. Aku cuba muhasabah diri seboleh mungkin, aku flashback balik apa yang aku buat masa asasi dulu, apa yang menyebabkan kegagalan aku, apa yang buat aku takdapat apa yang aku nak.End up with, aku monolog sendiri "memang patut pun aku terima semua ni " 

        Aku sedar yang semua ni memang salah diri aku sendiri, bukan sebab aku takmampu nak dapat apa yang aku nak tapi aku takcuba usaha untuk dapatkan apa yang aku nak. Then, beberapa hari lepas tu keluar lah result upu untuk pengambilan ijazah sarjana muda bagi lepasan asasi/matrik/diploma. Aku malas nak check sebab aku tahu aku takkan dapat kos yang aku nak tapi umi aku call tanya dapat mana, terpaksa la check jugak kan. So, seperti yang dijangka aku takdapat kos idaman *ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia   tapi dapat kos Ijazah sarjana muda senibina. Ohmygoshh ! memang tak la kan aku nak terima kos tu, langsung takminat okay ! Then, aku buat keputusan nak ambik diploma jela. Memang confirm dapat la kos ni kalau guna result spm. Mostly mesti akan tanya aku macamni ...

           " asal takterima je ? " 
" rugi masa kot ambik diploma balik "
" kau tak rasa menyesal ke nanti ? "  
                   and blaa blaa blaa

  
Aku takrasa menyesal sebab aku akan cuba realisasikan cita cita aku, I HAVE TO ! Biar lah lambat sikit tapi end up with aku dapat yang aku nak, aku akan rasa puas ! Sangat puas ! 
       Maka sekarang terdampar lah aku di UiTM Dungun yang memang betei betei kat tepi laut ni untuk aku realisasikan cita cita aku. Aku penuntut jurusan diploma kejuruteraan kimia. hewhewhew. Even takdapat degree dlm kos tu, diploma pun dah buat aku happy dengan hanya sebut kos idaman itu. hehehe. InshaAllah, ada rezeki nanti, dapat lah aku merasa jadi budak degree chemical engineering. *doakan aku !
  Okaylah, dah tiba masa untuk undur diri, kepada yang baca entry ni sampai habis tu terima kasih la. Panjang kot, dan aku tahu bosan. Tapi, sukahati aku la. Wassalam :)

Blog baru ?

Assalamualaikum...

Dang ! I'm back with my new blog, new life, new stories and everything that totally new things to share in here.
       Well, macam yang korang baca kat post title entry ni, aku bukanlah baru dalam dunia blog ni sebab ni kali kedua aku  buat blog sebab first blog aku dah delete atas sebab sebab tertentu. Tahu tak? macam jakun gila aku nak tekan huruf huruf kat lappy ni untuk di publishkan. Hahaha. *its really awkward u know.

Tapi takpe, disebabkan terlalu banyak sangat cerita yang terlalu lama dipendam dalam hati ni, now aku boleh luahkan apa apa je kat blog ni. Aku tak hadap pun followers beriban sebab ni diary hidup aku. Hopefully, blog ni akan dapat bertahan sampai ke anak cucu. kekeke. Okay lah, done with my first entry to publish. ^^