Saturday 6 July 2013

New Campus

Assalamualaikum wbt ^^

Taktahu nak start nak tulis macam mane sebab dah lama sangat tak update blog, so macam janggal la sikit. Hehehe. So, since blog ni dah bersawang ni, nak cuci sikit la ye, nampak macam boring je, even owner blog sendiri pun menguap tengok blog ni ha. Kosong je --' 

     Okay ! Let's start !
Kampus baru UiTM? UiTM ade kampus baru ke? Cantik ke? Best tak? Katmane? Kolej okay? 
Meh nak jawab persoalan yang diatas ni. Tahap curiousity berada ditahap kritikal sekarang kan? Hehehe

Universiti Teknologi MARA Kampus Bukit Besi. Itulah nama kampus baru yang aku duk gebang kat atas tu, macam yang korang bayangkan la, memang betul betul atas bukit dan jauh ke pedalaman uols oi ! Iols kat  katsini dah rasa macam native tau, cantik tu memang la cantik tapi surrounding dia macam hambar sangat sebab lack of facilities, entertainment etc. Bukit besi ni terletak kat salah satu pelusuk kat negeri Terengganu Darul Iman. Actually aku student UiTM Dungun tapi disebabkan kos kitorang bukan dalam bidang yang sepatutnya stay katsana, maka kami warga kejuruteraan kimia pun pindah la ke Kampus Bukit Besi ni, at first, seronok sangat bila dapat tahu kena pindah tau sebab takpayah nak jadi pengemis merit yang dahagakan markah untuk jadi resident kat kolej or else sape yang takcukup merit akan ditendang keluar untuk menjadi non resident. Kesian tau sebab kena carik rumah sewa la, transport la, how pathetic right?
      
     Then, bukak je semester baru ni, kami kena daftar kat Bukit Besi la. Masa first time aku sampai kampus ni masa kenduri miss Yasmin haritu tapi takmasuk pun sebab takbawak matrik kad, so aku taktau la macamne keadaan kat dalam sebab tengok dari luar pagar je, nampak cantik sangat *almaklumlah, kampus baru la katakan. Aherherher.  
      Second time sampai sini, masuk dari pintu belakang iaitu pos B, laluan untuk ke kolej terus. Since nana dah tolong daftarkan bilik, aku dah tahu aku stay kat kolej TOH PUAN RAHAH 3, bilik amatlah besar, 4 single bed with 4 cupboard and 4 study desk and kat centre tu boleh buat tarian kuda kepang, Aherherher.Best kot sebab dapat pilih roomates sendiri, seronok sangat stay sebilik dengan classmates, heaven uols tau ! Memekak je manjang. Satu kepala ka katakan, senang la nak bukak gerai anyam ketupat kan. Hahahaha *evil laugh

     Kolej dah, nak cerita pasai kelas pulak, jarak antara kolej ke kelas takdelah jauh macam kat Dungun dulu, jalan sampai lencuk ketiak baru sampai, kitorang katsini, jalan dalam 3-5 minit gitu dah sampai kat kelas, kejap je kan? Jalan plak lenggang kangkung je. Takdela selalu rushing macam kat Dungun dulu. Harharhar. Class memang fully aircond, takde dah bangunan ancient macam karah dengan duyung tu, duk lelama kat dalam kelas tu memang boleh freeze la air ketiak. Hahaha. Selesa sangat class dengan kolej katsini. Tapi surrounding je yang fail, susah nak keluar bandar sebab bandar.
     Tapi katsini ade tasik tau, lepas tu ade air terjun yang memang boleh mandi. Maka tu jelah aktiviti pelajar UiTM Bukit Besi ni, berenang je petang petang takpun jog, kenalah dengan kampus rekreasi ni kan. Rasanya tu jela kot nak share katsini. Nak tulis panjang panjang pun macam dah taklarat sebab mengantuk sangat ni. Okay la ! Jumpa lagi dilain entry, Terima kasih sudi baca. *kalau ade

Wassalam ^^

No comments:

Post a Comment