Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum.. ^^

    Alhamdulillah, masih lagi deberikan kesempatan untuk menunaikan fardu puasa tahun ni. Semoga segala amalan kita diterima Allah swt.
 
    Harini first day puasa sempena bulan Ramadhan 1434H, so memang agak penat sikit la sebab sebelum ni lepas class terus pergi lunch tapi sekarang lepas class terus balik bilik. Tambah pulak kat buki besi ni memang cuaca panas gila bak hang. Jalan kaki berulang alik dari kolej ke class memang lencun habisla satu badan. Aherherher. Tapi takpe, sempena bulan yang penuh barakah ni, mesti kita dapat banyak pahala kan sebab kita berkorban untuk menuntut ilmu dan ianya merupakan satu ibadah. So, free of charge dapat pahala. Yeayyyy !! Seronoknya !

    Then, katsini kitorang kena pergi bangunan inovasi untuk solat terawikh berjemaah, jaraknya agak jauh la. Sebab semalam ade koku kat Dungun, so kitorang solat terawikh kat sana dulu semalam, malam ni baru nak join bukit besi ni, inshaAllah..Sahur? hurmmm, memang takla aku nak bangun kalau untuk sahur, bukannye ape, tapi sebab kat rumah pun jarang sangat bersahur even kena paksa dengan parents tapi tetap jugak jenis yang takminat sahur sedangkan sahur dapat pahala, huhuhu =='

     Macam biasa la, puasa jauh dari family mesti sedih even dah biasa berjauhan tapi tetap ade jugak perasaan sedih tu. Nak lagi kitorang punya cuti tiga hari sebelum raya je, Aduhhh.. memang kena survive betul la hati dan perasaan ni. InshaAllah boleh dengan semangat dari family dan kawan-kawan kat sini.
Semoga Ramadhan kali ni bukan yang terakhir untuk kita semua. Selamat berpuasa ye kawan kawan !

Wassalam :D



Saturday, 6 July 2013

New Campus

Assalamualaikum wbt ^^

Taktahu nak start nak tulis macam mane sebab dah lama sangat tak update blog, so macam janggal la sikit. Hehehe. So, since blog ni dah bersawang ni, nak cuci sikit la ye, nampak macam boring je, even owner blog sendiri pun menguap tengok blog ni ha. Kosong je --' 

     Okay ! Let's start !
Kampus baru UiTM? UiTM ade kampus baru ke? Cantik ke? Best tak? Katmane? Kolej okay? 
Meh nak jawab persoalan yang diatas ni. Tahap curiousity berada ditahap kritikal sekarang kan? Hehehe

Universiti Teknologi MARA Kampus Bukit Besi. Itulah nama kampus baru yang aku duk gebang kat atas tu, macam yang korang bayangkan la, memang betul betul atas bukit dan jauh ke pedalaman uols oi ! Iols kat  katsini dah rasa macam native tau, cantik tu memang la cantik tapi surrounding dia macam hambar sangat sebab lack of facilities, entertainment etc. Bukit besi ni terletak kat salah satu pelusuk kat negeri Terengganu Darul Iman. Actually aku student UiTM Dungun tapi disebabkan kos kitorang bukan dalam bidang yang sepatutnya stay katsana, maka kami warga kejuruteraan kimia pun pindah la ke Kampus Bukit Besi ni, at first, seronok sangat bila dapat tahu kena pindah tau sebab takpayah nak jadi pengemis merit yang dahagakan markah untuk jadi resident kat kolej or else sape yang takcukup merit akan ditendang keluar untuk menjadi non resident. Kesian tau sebab kena carik rumah sewa la, transport la, how pathetic right?
      
     Then, bukak je semester baru ni, kami kena daftar kat Bukit Besi la. Masa first time aku sampai kampus ni masa kenduri miss Yasmin haritu tapi takmasuk pun sebab takbawak matrik kad, so aku taktau la macamne keadaan kat dalam sebab tengok dari luar pagar je, nampak cantik sangat *almaklumlah, kampus baru la katakan. Aherherher.  
      Second time sampai sini, masuk dari pintu belakang iaitu pos B, laluan untuk ke kolej terus. Since nana dah tolong daftarkan bilik, aku dah tahu aku stay kat kolej TOH PUAN RAHAH 3, bilik amatlah besar, 4 single bed with 4 cupboard and 4 study desk and kat centre tu boleh buat tarian kuda kepang, Aherherher.Best kot sebab dapat pilih roomates sendiri, seronok sangat stay sebilik dengan classmates, heaven uols tau ! Memekak je manjang. Satu kepala ka katakan, senang la nak bukak gerai anyam ketupat kan. Hahahaha *evil laugh

     Kolej dah, nak cerita pasai kelas pulak, jarak antara kolej ke kelas takdelah jauh macam kat Dungun dulu, jalan sampai lencuk ketiak baru sampai, kitorang katsini, jalan dalam 3-5 minit gitu dah sampai kat kelas, kejap je kan? Jalan plak lenggang kangkung je. Takdela selalu rushing macam kat Dungun dulu. Harharhar. Class memang fully aircond, takde dah bangunan ancient macam karah dengan duyung tu, duk lelama kat dalam kelas tu memang boleh freeze la air ketiak. Hahaha. Selesa sangat class dengan kolej katsini. Tapi surrounding je yang fail, susah nak keluar bandar sebab bandar.
     Tapi katsini ade tasik tau, lepas tu ade air terjun yang memang boleh mandi. Maka tu jelah aktiviti pelajar UiTM Bukit Besi ni, berenang je petang petang takpun jog, kenalah dengan kampus rekreasi ni kan. Rasanya tu jela kot nak share katsini. Nak tulis panjang panjang pun macam dah taklarat sebab mengantuk sangat ni. Okay la ! Jumpa lagi dilain entry, Terima kasih sudi baca. *kalau ade

Wassalam ^^

Sunday, 7 April 2013

Malacca, I Miss You !

Assalamualaikum...

Amboi sejak dah ade blog baru ni, kemain rajin lagi buat entry. Hahaha. Biasa la awal awal macam ni memang over excited sikit, tuggu la kalau dah busy nanti memang bersawang habis la blog ni. Bukan setakat labah labah, gajah pun boleh buat sarang. Oke taklawak pun.

      Melaka ? Yes, salah satu negeri yang terkecil di Malaysia ni ha, alaaa,,, yang nama negeri tu berasal dari pokok tu. Kalau korang terror sejarah mesti tahu pasal ni. Kenapa aku rindu melaka? Sebab dulu aku pernah bermastautin kat sana so, since dah lama takpergi Melaka, aku jadi rindu laa. Bukannye rindu orang kat sana tau, takde maknanye aku nak rindu abang abang Nigeria dengan abang Bangla tu ha, better aku rindu auntie yang sombong kat depan rumah tu ha, hahaha. Aku rindu nak lepak kat sana. As u all known, Melaka kan kecik, dan aku pulak stay kat MZ Height kat Ayer Keroh, maka memang berjimba je
la kerja aku kat sana. Nak nak MiTC, almost everyday p sana even takde pape pun kat sana, tapi best kot lepak kat kedai makan tengok makcik'' kelek anak semua. Benda tu buat aku terhibur.

Dah boring lepak MiTC, berkampung kat Melaka Mall, takpun Jusco kat seberang jalan tu ha. hewhewhew. Yeap ! Memang kutu rayau ah aku katsana uols ! Tengok wayang, menyantap. Perhhh, memang best gila bak hang ! kekeke .

On weekend, since maksu aku cuti, maka berjimba lah kami ke MP dan DP. Kalau pergi sana , memang sehari suntuk la jawabnya, takdenye nak pergi sana dua tiga jam je, atleast 12 jam okay ! baru puas ! Aku ni pulak yang memang jenis suka merayau, even sorang diri pun aku tak kisah. Masa stay KL dulu pun selalu keluar merayau sorang sorang je, sebab kalau janji dgn orang ni macam takbest, kena set masa laa, ape la, leceh kot, better sorang sebab aku punya suka nak gerak pukul berapa, nak balik pukul berapa, nak buat ape, nak pergi mana, heaven right? Biarlah orang nak kata aku foreveralone ke ape, dah memang perangai aku macamni, nak buat cemana kan.

          Tu je nak cerita sebenarnya, aku tengah bosan ni ha, taktau nak buat ape.Pape hal nanti aku update balik yaw ! Okay uols, got to go. Byee, Wassalam....

Saturday, 6 April 2013

Life

Assalamualaikum..

Alahai... sopannye, anak sape la ni kan. Hewhewhew. Rajin pulak aku nak menaip malam malam ni kan. Mesti curious kan kenapa aku rajin sangat ni. Well, actually aku tengah mood final exam sekarang ni, tapi tinggal satu je lagi paper so, mood final tu takrasa sangat, yang terlebih gula dalam hati ni sebab dok pikiq pasal cuti sem ni ha. So, sekarang ni aku ade gap seminggu sebelum last paper tu, then sekarang taktau nak buat ape sebab nak study macam malas lagi. kekeke. Since bff aku kat sini balik rumah, so tinggal la aku terkontang kanting kebosanan. 

       Back to the post title, yes ! aku nak cerita pasal life aku lepas aku delete blog lama tu. 
                                                           
Jeng ! Jeng ! Jeng ! 

Masa aku delete blog tu lepas aku dah habis asasi kejuruteraan kat Palam. *puncak alam Sebab musabab aku delete blog tu adalah, aku nak hilangkan diri daripada semua orang sebab aku frust dengan aku punya result masa asasi tu, aku malu dengan kawan kawan aku. Aku takdapat achieve apa yang aku nak. Almost everyday kot aku nangis lepas dapat result yang memang aku tahu aku takkan dapat further study dalam kos yang aku nak. Perasaan aku masa tu hanya Allah swt yang tahu. Sedihnya macam nak lenyapkan diri ni pindah kat tempat yang takda orang. Masa tu aku dah deactived segala jenis social network account. Phone number pun aku tukar baru, aku taknak kawan kawan aku tanya pasal result aku. Aku sedih, benci, frust, marah, dan macam macam la perasaan aku masa tu. 

       Tapi satu hari ni, masa tu aku stay kat Melaka sebab aku malu nak mengadap muka parents aku dengan result yang ciput ketanah kubur tu, aku terdengar ceramah kat tv masa tu, dia cakap macamni .....

       " Kita takperlu bersedih untuk kegagalan yang lepas kerana ianya merupakan pengalaman yang akan membantu kita pada masa hadapan, sesungguhnya Allah swt telah merancangkan sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan "

Masa tu aku sedar, aku takpatut menyalahkan takdir diatas kelalaian aku sendiri. Aku cuba muhasabah diri seboleh mungkin, aku flashback balik apa yang aku buat masa asasi dulu, apa yang menyebabkan kegagalan aku, apa yang buat aku takdapat apa yang aku nak.End up with, aku monolog sendiri "memang patut pun aku terima semua ni " 

        Aku sedar yang semua ni memang salah diri aku sendiri, bukan sebab aku takmampu nak dapat apa yang aku nak tapi aku takcuba usaha untuk dapatkan apa yang aku nak. Then, beberapa hari lepas tu keluar lah result upu untuk pengambilan ijazah sarjana muda bagi lepasan asasi/matrik/diploma. Aku malas nak check sebab aku tahu aku takkan dapat kos yang aku nak tapi umi aku call tanya dapat mana, terpaksa la check jugak kan. So, seperti yang dijangka aku takdapat kos idaman *ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia   tapi dapat kos Ijazah sarjana muda senibina. Ohmygoshh ! memang tak la kan aku nak terima kos tu, langsung takminat okay ! Then, aku buat keputusan nak ambik diploma jela. Memang confirm dapat la kos ni kalau guna result spm. Mostly mesti akan tanya aku macamni ...

           " asal takterima je ? " 
" rugi masa kot ambik diploma balik "
" kau tak rasa menyesal ke nanti ? "  
                   and blaa blaa blaa

  
Aku takrasa menyesal sebab aku akan cuba realisasikan cita cita aku, I HAVE TO ! Biar lah lambat sikit tapi end up with aku dapat yang aku nak, aku akan rasa puas ! Sangat puas ! 
       Maka sekarang terdampar lah aku di UiTM Dungun yang memang betei betei kat tepi laut ni untuk aku realisasikan cita cita aku. Aku penuntut jurusan diploma kejuruteraan kimia. hewhewhew. Even takdapat degree dlm kos tu, diploma pun dah buat aku happy dengan hanya sebut kos idaman itu. hehehe. InshaAllah, ada rezeki nanti, dapat lah aku merasa jadi budak degree chemical engineering. *doakan aku !
  Okaylah, dah tiba masa untuk undur diri, kepada yang baca entry ni sampai habis tu terima kasih la. Panjang kot, dan aku tahu bosan. Tapi, sukahati aku la. Wassalam :)

Blog baru ?

Assalamualaikum...

Dang ! I'm back with my new blog, new life, new stories and everything that totally new things to share in here.
       Well, macam yang korang baca kat post title entry ni, aku bukanlah baru dalam dunia blog ni sebab ni kali kedua aku  buat blog sebab first blog aku dah delete atas sebab sebab tertentu. Tahu tak? macam jakun gila aku nak tekan huruf huruf kat lappy ni untuk di publishkan. Hahaha. *its really awkward u know.

Tapi takpe, disebabkan terlalu banyak sangat cerita yang terlalu lama dipendam dalam hati ni, now aku boleh luahkan apa apa je kat blog ni. Aku tak hadap pun followers beriban sebab ni diary hidup aku. Hopefully, blog ni akan dapat bertahan sampai ke anak cucu. kekeke. Okay lah, done with my first entry to publish. ^^