Saturday, 6 April 2013

Life

Assalamualaikum..

Alahai... sopannye, anak sape la ni kan. Hewhewhew. Rajin pulak aku nak menaip malam malam ni kan. Mesti curious kan kenapa aku rajin sangat ni. Well, actually aku tengah mood final exam sekarang ni, tapi tinggal satu je lagi paper so, mood final tu takrasa sangat, yang terlebih gula dalam hati ni sebab dok pikiq pasal cuti sem ni ha. So, sekarang ni aku ade gap seminggu sebelum last paper tu, then sekarang taktau nak buat ape sebab nak study macam malas lagi. kekeke. Since bff aku kat sini balik rumah, so tinggal la aku terkontang kanting kebosanan. 

       Back to the post title, yes ! aku nak cerita pasal life aku lepas aku delete blog lama tu. 
                                                           
Jeng ! Jeng ! Jeng ! 

Masa aku delete blog tu lepas aku dah habis asasi kejuruteraan kat Palam. *puncak alam Sebab musabab aku delete blog tu adalah, aku nak hilangkan diri daripada semua orang sebab aku frust dengan aku punya result masa asasi tu, aku malu dengan kawan kawan aku. Aku takdapat achieve apa yang aku nak. Almost everyday kot aku nangis lepas dapat result yang memang aku tahu aku takkan dapat further study dalam kos yang aku nak. Perasaan aku masa tu hanya Allah swt yang tahu. Sedihnya macam nak lenyapkan diri ni pindah kat tempat yang takda orang. Masa tu aku dah deactived segala jenis social network account. Phone number pun aku tukar baru, aku taknak kawan kawan aku tanya pasal result aku. Aku sedih, benci, frust, marah, dan macam macam la perasaan aku masa tu. 

       Tapi satu hari ni, masa tu aku stay kat Melaka sebab aku malu nak mengadap muka parents aku dengan result yang ciput ketanah kubur tu, aku terdengar ceramah kat tv masa tu, dia cakap macamni .....

       " Kita takperlu bersedih untuk kegagalan yang lepas kerana ianya merupakan pengalaman yang akan membantu kita pada masa hadapan, sesungguhnya Allah swt telah merancangkan sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan "

Masa tu aku sedar, aku takpatut menyalahkan takdir diatas kelalaian aku sendiri. Aku cuba muhasabah diri seboleh mungkin, aku flashback balik apa yang aku buat masa asasi dulu, apa yang menyebabkan kegagalan aku, apa yang buat aku takdapat apa yang aku nak.End up with, aku monolog sendiri "memang patut pun aku terima semua ni " 

        Aku sedar yang semua ni memang salah diri aku sendiri, bukan sebab aku takmampu nak dapat apa yang aku nak tapi aku takcuba usaha untuk dapatkan apa yang aku nak. Then, beberapa hari lepas tu keluar lah result upu untuk pengambilan ijazah sarjana muda bagi lepasan asasi/matrik/diploma. Aku malas nak check sebab aku tahu aku takkan dapat kos yang aku nak tapi umi aku call tanya dapat mana, terpaksa la check jugak kan. So, seperti yang dijangka aku takdapat kos idaman *ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia   tapi dapat kos Ijazah sarjana muda senibina. Ohmygoshh ! memang tak la kan aku nak terima kos tu, langsung takminat okay ! Then, aku buat keputusan nak ambik diploma jela. Memang confirm dapat la kos ni kalau guna result spm. Mostly mesti akan tanya aku macamni ...

           " asal takterima je ? " 
" rugi masa kot ambik diploma balik "
" kau tak rasa menyesal ke nanti ? "  
                   and blaa blaa blaa

  
Aku takrasa menyesal sebab aku akan cuba realisasikan cita cita aku, I HAVE TO ! Biar lah lambat sikit tapi end up with aku dapat yang aku nak, aku akan rasa puas ! Sangat puas ! 
       Maka sekarang terdampar lah aku di UiTM Dungun yang memang betei betei kat tepi laut ni untuk aku realisasikan cita cita aku. Aku penuntut jurusan diploma kejuruteraan kimia. hewhewhew. Even takdapat degree dlm kos tu, diploma pun dah buat aku happy dengan hanya sebut kos idaman itu. hehehe. InshaAllah, ada rezeki nanti, dapat lah aku merasa jadi budak degree chemical engineering. *doakan aku !
  Okaylah, dah tiba masa untuk undur diri, kepada yang baca entry ni sampai habis tu terima kasih la. Panjang kot, dan aku tahu bosan. Tapi, sukahati aku la. Wassalam :)

No comments:

Post a Comment